Kembara Citra Budaya 2017

Berikut merupakan dokumentasi sepanjang perjalanan program Kembara Citra Budaya 2017 pada 21 Oktober yang lepas.

Program ini melibatkan seramai 40 lebih peserta semester 5 dan semester 6 Pendidikan Seni dan Seni Reka UiTM 2017.

Seawal pukul 8.00pagi lagi pelajar sudah berkumpul dihadapan Fakulti Pendidikan sebelum bertolak pada pukul 8.30pagi dengan menaiki bas UiTM.
Sepanjang program sehari ini, kami sempat melawat ke 3 buah tempat, Kompleks Kraftangan Jalan Conley Kuala Lumpur, Muzium Tekstil di Dataran Merdeka serta Galeri Petronas untuk menyaksikan persembahan wayang kulit. Banyak ilmu yang diperolehi daripada program sehari ini dan saya berpuas hati dengan lawatan sedemikian.

Ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah, En. Sumardianshah Silah dan pelajar semester 6 kerana berjaya menjalankan program ini dengan lancarnya.

Semoga program seperti ini lebih giat dilakukan pada masa yang akan datang.

Soaring Upward
-Mohammad Faizal bin Rabaee-